SEJARAH


            Mula didirikan akhir tahun 1949 secara gotong - royong oleh penduduk kampung dengan modal kurang dari Rm12,000.00. Beroperasi pada 11.02.1950 dengan 3 orang guru dan 155 orang murid di mana En.Md. Isa bin Arshad selaku Guru Besar pertama. Pada 03.04.1950 di buka dengan rasmi dengan nama 'Sekolah Melayu Sungai Leman'.


            Pada 25.12.1951 sebuah bangunan tambahan 2 bilik siap dibina oleh Pejabat Pelajaran Selangor. Lembaga Pengurus Sekolah telah ditubuhkan dan mesyuarat pertamanya pada 11.02.1959 dengan Datok Sidang Anang bin Hj.Salleh selaku Pengerusi. Pada 01.05.1966 sebuah bangunan batu beratap genting mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah pejabat serta bangunan tandas yang  mengandungi 12 pintu tandas pam mula digunakan.



       Pada 01.05.1967 Sekolah Kebangsaan Parit Sembilan Sekinchan telah ditubuhkan sebagai cawangan Sekolah Kebangsaan Sungai Leman. Jumlah murid waktu ini berjumlah 846 orang. Pada bulan Mei 1977 sebuah bangunan 2 tingkat dengan 13 bilik darjah, sebuah kantin mula digunakan dengan jumlah murid seramai 856 orang.

    Pada 02 November 2000 Sekolah Kebangsaan Sungai Leman telah mengadakan Sambutan Jubli Emas sempena 50 tahun usia sekolah ini. Sempena sambutan ini sebuah lagi bangunan tambahan mengandungi pejabat sekolah, makmal sains dan perpustakaan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato’  Dr. Mohd. Khir bin Toyo. Pada masa itu jumlah muridnya seramai 525 orang dan guru seramai 37 orang.

1 comment:

  1. Assalam..
    Bagus jika ditambah info bekas murid yg telah berjaya dlm apa juga bidang sebagai motivasi kpd murid-murid hr ini.
    T kasih

    ReplyDelete